SESB DAN ST DIMINTA AMBIL TINDAKAN BERHUBUNG STATUS BEKALAN LETRIK DI TIGA PERKAMPUNGAN


Oleh Kahar Ali

SANDAKAN: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Suruhanjaya Tenaga (ST) diminta supaya mengambil tindakan sewajarnya berhubung status bekalan elektrik di tiga perkampungan di kawasan Batu Sapi.

Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Liew Vui Keong berkata walaupun pihaknya sudah membayar tunggakan bil lektrik berjumlah RM140,000 kepada SESB setelah kutipan dibuat sejak April lepas tetapi bekalan di Kampung Bakau, Kampung Sundang dan Kampung Sundang Laut dipotong sejak tiga hari lalu.

Tindakan ini bukan sahaja mengganggu aktiviti penduduk kampung dalam menyambut  Hari Raya Aidilfitri malah juga merugikan masyarakat setempat terutama mereka yang telah membayar bil tunggakan, tambah Liew yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang).

Disebaliknya pihak saya pula dituduh tidak bayar tunggakan kepada SESB apabila ada pemotongan padahal pihak saya ada rekod dan resit pembayaran setiap kutipan yang dijalankan, katanya lagi.

Walaupun sehingga ke hari ini pihak kami telah membayar tunggakan berjumlah RM140,000 kepada SESB tetapi kita mendapati banyak masalah yang timbul. Memandangkan apa yang telah berlaku di sini, saya telah adakan perjumpaan bersama agensi yang berkaitan di Kuala Lumpur baru-baru ini untuk mencari jalan penyelesaian,” kata Liew.

Liew berkata beliau akan membawa perkara ini ke peringkat atasan untuk mencari jalan penyelesaian dan memastikan bekalan elektrik disalurkan kepada ketiga-tiga perkampungan tersebut yang terletak dalam kawasan Parlimen Batu Sapi.

Liew  berkata demikian dalam satu sidang media selepas menyampaikan bantuan kewangan dan beras kepada 71 ketua isi rumah mangsa  kebakaran Kampung Karamunting Baru pagi ini.

 





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.