Persatuan dan Badan Keagamaan turut terima sumbangan Ahli Parlimen Tuaran


Persatuan dan badan keagamaan turut tidak ketinggalan dalam menerima keprihatinan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

Kemarin Persatuan Sukarelawan Kanser Sabah (PSKS) telah menerima 36 kampit beras daripada Madius. Sumbangan diterima oleh Presiden PSKS Lawrence Imui.

Madius menyampaikan sumbangan beras untuk tujuan Food Bank kepada Fr Edward

Pada hari yang sama juga, Madius telah menyampaikan 100 kampit beras kepada Gereja ST John Tuaran. Bantuan bagi tujuan Food Bank itu diterima oleh Fr Edward Raymond.

Turut menerima sumbangan ialah sebuah Kelab Taekwando di Tuaran.

Bantuan disampaikan kepada wakil kelab Taekwando, Josephine

Kesemua wakil penerima sumbangan berterima kasih atas keprihatinan dan bantuan yang disampaikan Madius.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.