Pemilihan jawatan UPKO terbuka secara demokrasi, berlandaskan perpaduan dan keikhlasan


Oleh: Cyn J.

KOTA KINABALU, 17 Mei – Pemilihan jawatan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dalam Perhimpunan Agung Tri Tahunan pada tahun ini akan diadakan secara terbuka mengikut proses pemilihan secara demokrasi.

Presiden UPKO, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, ianya diadakan berlandaskan pada perpaduan, kekuatan dan keikhlasan agar perjuangan UPKO sentiasa terpelihara, dijaga dan dipertahankan.

“Seperti semua parti politik, sudah tentu akan ada ahli parti yang ingin mengambil peluang ini untuk menyumbang kepada kemajuan parti dengan mahu memikul tanggungjawab yang lebih besar dalam parti.

“Di UPKO, kami mengalu-alukan semangat dan komitmen seperti itu daripada ahli-ahli kami.

“Setiap jawatan, bermula dari ahli jawatankuasa cawangan sehinggalah jawatan Pengerusi Tetap, terbuka untuk dipertandingkan dalam semangat proses demokrasi dan bimbingan perjuangan parti untuk rakyat,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Tambahnya, UPKO juga memahami cabaran yang akan dihadapi sebagai sebuah parti pembangkang.

“Sebagai pembangkang, ini akan mengundang pelbagai idea dan cadangan tentang bagaimana UPKO harus meletakkan diri meneraju perjuangan dan untuk berkhidmat kepada rakyat. Lebih-lebih lagi ketika pilihan raya umum semakin hampir,” ujarnya.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.