Pegawai awam yang minta rasuah seks akan kena tukar serta-merta


Gambar hiasan

Pegawai awam negeri yang disyaki meminta rasuah berbentuk seks perlu ditukar serta-merta.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong berkata, pejabatnya memandang serius ke atas laporan media pada 20 Mac 2021 berhubung dengan penahanan seorang Ketua Jabatan peringkat daerah kerana disyaki meminta rasuah berbentuk seks.

“Kerajaan Negeri sangat menitik beratkan integriti dan tatalaku penjawat awam negeri, seperti yang dijelaskan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah (PPPANS) 2008. 

“Sehubungan dengan itu, pegawai yang melanggar sebarang peraturan atau terbabit dengan sebarang aktiviti yang bertentangan dengan peraturan dan undang-undang akan diambil tindakan serta merta bersesuaian dengan peraturan dan undang-undang yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, pegawai terbabit akan ditukarkan serta merta sementara menunggu prosiding selanjutnya diambil oleh pihak berkuasa.

“Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS) akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM Sabah dalam siasatan ini,” katanya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri amat komited dalam menanggani isu-isu seumpamanya untuk meningkatkan keyakinan awam terhadap integriti penjawat awam dan ketelusan penyampaian perkhidmatan jabatan. – Utusan Borneo



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *