Mayat kena jumpa dalam kereta terapung. Kejadian di Sandakan


Mayat seorang lelaki berumur 62 tahun, ditemui dalam sebuah kenderaan jenis sedan yang terapung di pesisir muara Sungai Kg. Batu Putih, Batu 7 di Sandakan.

Mayat mangsa bersama kenderaan itu ditemui oleh penduduk kampung kira-kira jam 5.30 pagi tadi.

Pihak polis dan bomba yang menerima maklumat tiba di tempat kejadian dan  hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang kesan kerosakan atau perlanggaran pada bahagian kenderaan terbabit.

Mayat mangsa pula yang berada di posisi pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan luaran. Manakala barangan berharga milik mangsa didapati tidak hilang.

Mayat mangsa telah dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Duchess of Kent (HDOK) untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

Berdasarkan siasatan awal pihak polis, tidak menemui sebarang kecederaan disebabkan unsur jenayah pada tubuh mangsa, dan barangan berharga mangsa didapati tidak hilang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan Superintendan Abdul Fuad Abdul Malek ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Beliau juga meminta kerjasama orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kes berkenaan agar menghubungi Insp. Abdul Nasir Ab Lala di talian 012-8119116.

Kes masih dalam siasatan dan  diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – Sabah360 Online



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *