Madius beri sumbangan kepada pesakit kanser usus di Kampung Terayung Tuaran


Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau menyampaikan sumbangan kepada pesakit kanser usus, di Kampung Terayung Tuaran, baru-baru ini.

Pesakit tersebut adalah adik Nur Nazirah Umairah Ruddy berumur 6 tahun.

Sumbangan berbentuk wang ringgit dan beras disampaikan kepada ayahnya, Ruddy Kinih di kediaman mereka.

Madius yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) turut mengajak semua pihak untuk mendoakan kesembuhan Nazirah.

“Tanp mengira kepercayaan dan anutan agama, marilah kita membawa doa kesembuhan untuk adik ini pada setiap hari.

“Semoga adik ini terus kuat dan kembali sihat seperti sedia kala,” katanya.

Sementara itu, Ruddy berterima kasih atas keprihatinan Madius hadir melawat dan memberi sumbangan.

“Kami amat terharu atas kehadiran dan sumbangan Datuk Seri selaku wakil rakyat parlimen Tuaran. Terima kasih,” katanya.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *