Madius beri sumbangan kepada kepada keluarga berkabung di Kampung Bintangor


Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau meneruskan pelayanan rakyat yang dilanda kesusahan.

Sebuah keluarga di Kampung Bitangor, Tamparuli dilawat Madius selepas mendapat perkhabaran akan kesusahan yang menimpa.

Lawatan dibuat pada Isnin lalu, apabila salah seorang ahli keluarga meninggal dunia. Allahyarham Hamdan Jasman meninggal duni pada usia 58 tahun.

Madius yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) turut menyampaikan sumbangan dan ucapan salam takziah kepada waris dan ahli keluarga arwah.

Semoga tabah dan segala urusan dipermudahkan.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *