Madius beri penghormatan terakhir kepada mendiang Sinung di Kampung Rongolis


Kesedihan yang dialami akibat pemergian orang tersayang amatlah memilukan.

Namun pemimpin yang prihatin terhadap nasib rakyat yang berduka sudah pasti tetap menjadi ingatan.

Itulah inisiatif yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau bagi melayani rakyat yang sedang dalam kesusahan.

Hari ini, beliau telah hadir memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Gomporot @ Sinung Ongkin yang telah meninggal dunia pada usia 72 tahun.

Seorang insan yang amat dikasihi, seluruh ahli keluarga meratapi pemergiannya.

Madius yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) menyampaikan ucapan takziah serta menyampaikan sumbangan ikhlas di kediaman mereka di Kampung Rongolis, Topokon.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *