Lelaki gelandangan ditemui mati di Tawau


Seorang lelaki gelandangan ditemui meninggal dunia dekat lorong Leitz 2 Fajar, di sini kelmarin.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau menerima maklumat awal membabitkan mangsa itu pada jam 5 petang.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata anggota polis yang membuat rondaan menerima maklumat berkenaan seorang lelaki terbaring di kawasan Fajar.

“Anggota polis meminta bantuan pegawai perubatan untuk datang membuat pemeriksaan dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat lelaki berkenaan dibawa ke kamar mayat Hospital Tawau menggunakan ambulan untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam

Beliau berkata, bedah siasat akan dijalankan setelah ujian saringan COVID-19 diperolehi bagi mengetahui punca kematian mangsa.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berkenaan tiada unsur jenayah, namun siasatan masih diteruskan.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan polis masih mengesan ahli keluarga mangsa untuk siasatan lanjut,” katanya.

Mengulas lanjut, Peter berkata, mangsa dikenali sebagai Izuan Zamlie Nawawi berumur 48 tahun dan merupakan seorang gelandangan.

“Lelaki berkenaan sering dilihat merayau-rayau di kawasan Fajar dalam keadaan tidak terurus,”katanya – Utusan Borneo



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *