Lagi kes jangkitan Covid-19 Varian Indian melibatkan individu bukan warganegara


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat satu lagi kes varian Indian VOI B.1.617.2 dikesan di Malaysia melibatkan bukan warganegara.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes itu tiba di Malaysia pada 7 April dan telah menjalani ujian Covid-19 di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA).

Keadaan kesihatan pesakit tersebut terus merosot dan dilaporkan meninggal dunia pada 1 Mei 2021.

“Kedua-dua ujian saringan Covid-19 yang dijalankan pada 7 April 2021 dan 12 April 2021 adalah negatif.

“Beliau dilaporkan positif Covid-19 pada 21 April 2021 apabila dibawa ke Unit Kecemasan dan Trauma setelah mengalami gejala Covid-19 yang serius,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan, setakat ini terdapat 62 kes jangkitan varian South African B.1.351 dan dua kes varian Indian B.1.617

Dalam pada itu, sempena perayaan Aidilfitri yang bakal disambut umat Islam di seluruh negara pada esok (13 Mei), KKM mengingatkan rakyat supaya sentiasa patuh pada SOP Hari Raya seperti yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Noor Hisham berkata, majoriti mereka yang dijangkiti tidak mempunyai gejala (78.4%) dan ini menjadikan risiko jangkitan serta penularan amat tinggi sekiranya aktiviti kunjung-mengunjung di hari raya tetap dilakukan.

“Rakyat dinasihatkan untuk mengelakkan sebarang perhimpunan besar-besaran termasuk solat Hari Raya beramai-ramai melebihi had dibenarkan, dan menangguhkan aktiviti ziarah-menziarahi termasuk di kubur.

“Ingin diingatkan bahawa pada tahun ini sahaja, terdapat peningkatan kluster yang begitu ketara,” tambahnya.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *