Kes Covid-19 meningkat di Sabah pasal jangkitan di penjara


Sebanyak 322 kes positif Covid-19 direkodkan di Sabah semalam, peningkatan 92 kes berbanding 230 kes semalam dengan 38.2% daripadanya berpunca daripada dua kluster jangkitan di penjara.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Masidi Manjun berkata ia melibatkan Kluster Tembok Tawau di Penjara Tawau yang mencatatkan 97 kes positif baharu manakala Kluster Tembok Kota Kinabalu di Penjara Kepayan merekodkan 26 kes.

“Hampir semua (kes positif dikesan) merupakan tahanan atau banduan yang sedang menjalani hukuman,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata secara kumulatif, Sabah merekodkan sebanyak 70,229 kes Covid-19 hingga semalam manakala pesakit sembuh pula seramai 148 orang, menjadikan jumlah keseluruhan pulih daripada wabak itu 67,757 orang.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *