Kerajaan perlu atasi isu kekurangan tepung gandum dan gula –


KOTA KINABALU, 17 Mei — Kekurangan stok tepung gandum dan gula telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat Sabah terutamanya peniaga-peniaga kedai runcit.

Ketua Pemuda Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Penampang, Billy Joe Dominic berkata, beliau telah menerima beberapa aduan daripada peniaga serta pengguna mengenai isu tersebut yang telah menjejaskan perniagaan serta ekonomi mereka.

“Peniaga dan pengguna mengatakan bahawa mereka sukar untuk mendapatkan tepung gandum. Perniagaan mereka terjejas dan terdapat kedai runcit yang mengambil peluang tersebut untuk menaikkan harga tepung.

“Sampai hari ini tiada pengumuman rasmi daripada pihak Kerajaan. Harga barang semakin meningkat, kadar inflasi tiada tanda untuk menurun, nilai mata wang Ringgit Malaysia juga semakin menyusut. Ini amat membimbangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sebuah kenyataan hari ini.

Berikutan hal itu, billy mempersoalkan tindakan pihak Kerajaan dan memohon agar isu tersebut dapat ditangani dalam masa terdekat.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.