Judi haram di Tawau berjaya dibongkar SPRM


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya menahan seorang lelaki berusia 42 tahun yang dipercayai menjalankan aktiviti perjudian haram di sekitar daerah Tawau, semalam.

Dalam operasi jam 11 pagi itu, dua lagi wanita masing-masing berusia 23 dan 57 tahun turut ditahan dalam serbuan di sebuah premis di Bandar Tawau.

Difahamkan, suspek utama yang ditahan dipercayai memberi rasuah kepada anggota penguatkuasa sekitar Tawau bagi melindungi kegiatan judi haram kumpulannya.

Hasil daripada penahanan itu, SPRM turut merampas wang tunai sebanyak RM40,000 dan menyita empat akaun bank membabitkan nilai RM300,000 dipercayai hasil kegiatan judi haram.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

Katanya, semua suspek disiasat mengikut Seksyen 16(b)(B) Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

“Beberapa lagi tangkapan susulan berkaitan kes ini akan dijalankan dalam tempoh terdekat,” katanya. – Asia Times



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *