Jangkitan Covid-19 naik kepada 2,111 kes, 6 kematian –


Jangkitan harian Covid-19 meningkat kepada 2,111 kes semalam berbanding 1,667 kes kelmarin.

Sebanyak enam kematian dilaporkan semalam, termasuk satu kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Menurut data di laman sesawang CovidNow, kes baharu itu terdiri daripada 2,106 kes penularan tempatan dan lima kes import.

Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,823,975 kes dan 36,330 kematian.

Sehingga tengah malam tadi, terdapat 25,327 kes aktif Covid-19, termasuk 57 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 37 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 95.4% atau 24,169 pesakit menjalani kuarantin di rumah, tiada pesakit dirawat di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), sementara 1,101 orang atau 4.3% menerima rawatan di hospital.

Seramai 1,493 pesakit dilaporkan sembuh.

Tiada kluster baharu direkodkan semalam, menjadikan keseluruhannya kekal 7,078 kluster, dengan 16 daripadanya masih aktif.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.