Ini hari ada 1,470 kes jangkitan Covid-19 dan 3 kematian


Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 1,830 pesakit sembuh, berbanding 1,470 kes baharu Covid-19 dan tiga kematian.

Ini menjadikan 304,492 kes pulih daripada keseluruhan 322,409 jangkitan Covid-19 dengan 1,206 kematian direkodkan setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 16,711 kes aktif dengan 70 daripada 162 pesakit di ICU memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau berkata, daripada jumlah kes baharu itu sebanyak 1,458 adalah penularan tempatan.

Katanya, kes penularan tempatan membabitkan 1,099 warganegara dan 359 warga asing.

Selangor masih mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi, iaitu 551 kes.

Ia diikuti Sarawak (222), Pulau Pinang (178), Kuala Lumpur (158), Johor (101), Perak (72), Sabah (71), Kelantan (40), Perlis (29), Terengganu (14), Kedah (13), Pahang (lapan), Negeri Sembilan (enam), Putrajaya (empat) dan Labuan (satu).

Tiga kes kematian dilaporkan di Selangor, Kuala Lumpur dan Terengganu, membabitkan warganegara berusia 53 hingga 82 tahun.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *