Hilang ketika mandi sungai, budak 4 tahun ditemui lemas. Kejadian di Sandakan


Seorang kanak-kanak yang dilaporkan hilang di sungai berhampiran Ladang Man Coon di Beluran dekat sini semalam, ditemui lemas pagi tadi.

Mohd Ridwan Suprianto Mohd Aidil, 4, ditemui kira-kira 1km dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata, mangsa ditemui pasukan bomba pada 9.50 pagi.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada 10.30 pagi,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, mangsa dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas ketika mandi di sungai berkenaan kira-kira 5 petang.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.