BUDAK DUA TAHUN MENINGGAL DUNIA AKIBAT “HEATSTROKE” SELEPAS TERTINGGAL DALAM KERETA


Oleh Faizal Rahman

LAHAD DATU : Seorang budak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia akibat “heatstroke” selepas tertinggal dalam kereta yang diletak di luar rumah mereka oleh ibunya pada Jun 12.

Ketua Polis Daerah ACP Haji Nasri Haji Mansor berkata siasatan awal polis mendapati bahawa pada jam lebih kurang jam 1.00 petang , ibu mangsa berumur 31 tahun telah membawa mangsa mengambil dua lagi anak  yang bersekolah di SK Lahad Datu 4.

Setelah selesai mejemput mereka, ibu mangsa  telah meletakkan kereta berjenis Perodua Bezza berwarna Biru  di luar rumah, di kawasan tepi jalan Taman Aman.

Anak pertama dan anak kedua telah keluar daripada kereta dan ibu mereka memesan kepada anak pertamanya untuk membawa mangsa keluar, kata Nasri.

Sesampai sahaja di rumah, ibu mangsa terus solat di tingkat 2 dan seterusnya tertidur di biliknya. Pada jam lebih kurang 3.45 petang ibu mangsa dan bapa mangsa turun ke bawah untuk makan, kata Nasri lagi.

Semasa makan, ibu mangsa telah memanggil nama mangsa, namun tidak dijawab. Setelah itu, ibu mangsa telah mencari di seluruh kawasan rumah, namun tidak menjumpai mangsa, tambah Nasri.

Ibu mangsa telah keluar rumah untuk mencari mangsa di kawasan rumah jiran, namun tidak menjumpai.Beliau kemudian telah pergi ke kereta dan melihat mangsa berada di tempat duduk belakang terbaring dan dalam keadaan berbuih mulut dan tidak sedarkan diri, kata Nasri.

Setelah itu, ibu mangsa telah menyuruh bapa mangsa membuka kunci kereta dan terus mengambil mangsa. Sejurus itu mereka telah membawa mangsa ke hospital Lahad Datu, kata Nasri.

Namun apabila tiba di Jabatan Kecemasan Hospital Lahad Datu mangsa telah disahkan telah meninggalkan dunia walaupun rawatan kecemasan telah diberikan. Terdapat kesan melecur di bahagian kiri muka dan lengan, kata Nasri lagi.

Menurut laporan dari pihak hospital selepas bedah siasat, doctor mengesahkan

kesan melecur adalah disebabkan keadaan panas di dalam keadaan ianya berlaku selepas kematian dan punca kematian adalah disebabkan ‘heat related death”, kata Nasri.

“Si mati merupakan anak bongsu dari 4 beradik,” tambah Nasri lagi.

Nasri berkata ibu mangsa ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kematian dengan cuai.

 





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.