Atlet Para Sabah antara yang bergraduat pada Majlis Konvokesyen UMS ke-22 –


Oleh : Dafnee Sindam

KOTA KINABALU, 30 Mac 2022 – Seorang atlet Para Badminton Sabah merupakan antara 4,728 graduan yang menerima segulung ijazah pada Majlis Konvokesyen UMS ke-22.

Mohd Nasrun Mahadi, 27, graduan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Ekonomi Sumber Manusia), Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) hadir ditemani kedua orang tuanya.

“Walaupun saya mempunyai kekurangan diri, saya mahu buktikan kepada orang lain bahawa masalah tersebut tidak menghalang saya untuk berjaya.

”Sebenarnya, tempurung lutut sebelah kiri saya tidak membesar secara normal sejak berumur enam tahun lagi,” katanya ketika ditemui pada sidang empat, Majlis Konvokeyen UMS, di Dewan Canselor, kelmarin.

Ujar Nasrun, beliau baru sahaja kembali dari Kejohanan Para Badminton Sirkit Kebangsaan di Kuala Lumpur, sehari sebelum giliran graduan fakulti FPEP diraikan di pentas konvokesyen.

“Pada penghujung tahun ini, saya turut mewakil Sabah ke kejohanan Para Sukan Malaysia (SUKMA).

“Saya berharap, rakan-rakan kelainan upaya (OKU) di luar sana terus positif dan tidak berputusa asa dalam usaha mencapai impian yang ingin dikecapi,” katanya yang berasal dari Semporna.

Pada ketika ini, Nasrun yang merupakan anak ke-3 daripada empat adik beradik turut membuat kerja sambilan sebagai pemandu kenderaan e-hailing di sekitar bandar raya Kota Kinabalu.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.