276 Penduduk PKPD Divaksin Menerusi Program Vaksinasi Mobile JKNS-UMS


Program Vaksinasi Mobile Task Force Imunisasi COVID-19 (CITF) Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) bersama Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) berjaya memberikan vaksin kepada 276 penduduk Taman Putera Jaya, Telipok yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menurut Pengarah Hospital UMS, Prof. Dr. Helen Benedict Lasimbang, program outreach di Daerah Kota Kinabalu itu melibatkan seramai 16 orang petugas HUMS yang terdiri dari 2 orang Doktor Perubatan, 2 orang jururawat dan 12 kakitangan sokongan HUMS.

“Manakala petugas dari JKNS seramai 11 orang, melibatkan 3 orang jururawat dari Klinik Kesihatan Telipok, 3 orang kakitangan CITF dan 5 orang kakitangan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM).

“Dengan slogan ‘Bah Vaksin Kita’, program outreach ini telah berjaya memberikan vaksinasi kepada seramai 276 orang penduduk sekitar Taman Putera Jaya, Telipok yang sedang menjalani tempoh PKPD,” katanya.

Helen turut berharap agar usaha sedemikian akan terus dilaksanakan d kawasan PKPD bagi membantu usaha kerajaan negeri mewujudkan imuniti berkelompok dalam kalangan rakyat Sabah sekali gus mengelak penularan Covid-19 dalam komuniti.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.