Mayat reput lelaki mati terduduk ditemui di Labuan


Kesan titisan darah dari siling di bilik stor seorang penghuni di tingkat tiga di Perumahan Taman Mutiara Sungai Bedaun, di Labuan membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki yang sudah mulai reput, semalam.

Mayat lelaki berusia 44 tahun ditemui jam 3.45 petang dalam keadaan duduk di ruang tamu rumahnya yang terletak di tingkat empat.

Pemangku Ketua Polis Daerah Labuan, Deputi Superintendan Mohd Ibrahim Mohd Ghani berkata, sebaik menerima laporan, sepasukan polis dan bomba dikerah bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, anggota bomba kemudian memotong pagar besi keselamatan sebelum memecahkan pintu yang berkunci.

“Sebaik menemui mangsa di ruang tamu rumah dalam keadaan duduk, pegawai perubatan yang turut berada di lokasi kemudiannya menjalankan pemeriksaan .

“Keadaan mayat mangsa didapati mengeluarkan cecair busuk dan dipercayai mangsa sudah meninggal dunia dalam tempoh tiga hingga empat hari sebelum ditemui,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, siasatan awal ke atas tubuh mangsa mendapati tiada sebarang kecederaan atau luka serta tiada sebarang bukti yang menunjukkan terdapat unsur jenayah.

“Mayat mangsa sudah dihantar ke Unit Forensik Hospital Labuan untuk tujuan bedah siasat bagi mengnenalpasti punca sebenar kematian.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Difahamkan, mangsa masih bujang dan bekerja sebagai Pekerja Am Kompeni Komposit KOR Perkhidmatan Diraja, Labuan. – Asia Times



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *