Datuk Dr Lucas Umbul masih UPKO


Khabar angin yang tular menyatakan Naib Presiden UPKO yang juga Ketua Bahagian Tenom Datuk Dr Lucas Umbul sudah meninggalkan parti untuk menyertai salah satu parti kerajaan adalah tidak benar.

Setiausaha Pergerakan Pemuda UPKO Tenom, Eddly Adrian berkata, perkara berkenaan mungkin sengaja dikeluarkan bagi memburukkan nama UPKO.

Katanya, seluruh jawatankuasa bahagian termasuk Pergerakan Pemuda UPKO sama sekali tidak percaya dan menolak berita yang disebarkan itu dengan menyatakan Datuk Dr Lucas menyertai parti lain.

“Dalam mesyuarat Pemuda UPKO Tenom yang dikendalikan secara atas talian dua hari lalu juga tidak mendapat makluman berita berkenaan.

“Datuk Dr Lucas yang bertanding pada Pilihanraya Negeri lalu untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemabong pernah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara selama dua penggal.

“Beliau juga pernah dilantik menjadi Pengerusi Safoda dan ahli lembaga pengerusi Yayasan Sabah sebelum ini begitu komited bersama parti UPKO lebih 20 tahun,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Eddly berkata, Pergerakan Pemuda UPKO Tenom menafikan berita yang tidak benar ini dan akan terus berjuang bersama rakan-rakan seluruh jentera UPKO Tenom.

Katanya, UPKO Tenom juga menyokong penuh kepimpinan UPKO Bahagian dan Pusat yang diterajui Presiden UPKO Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau. – Asia Times



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *