LELAKI DITAHAN BELASAH ISTERI – Berita Sabah

[ad_1]

Oleh Wartawan BS
31 Januari 2020

PENAMPANG: Seorang lelaki ditahan polis selepas aksi ala ‘gusti’ dia membelasah isterinya tular di media sosial sejak pagi tadi.

Dalam rakaman video berdurasi lima minit dua saat itu, suspek dan isteri berusia 34 tahun bertengkar dan berlaku pergelutan hingga mangsa dibelasah.

Ibu mangsa yang turut kelihatan dalam rakaman itu cuba campur tangan namun tidak diendahkan oleh suspek malah cuba memukulnya.

Selepas kejadian itu, mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran, jam 11.16 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superitenden Haris Ibrahim berkata, susulan laporan itu, polis menahan lelaki yang juga suami kepada mangsa kira-kira jam 9 pagi tadi di rumah mereka di sebuah kampung di daerah ini.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa adalah seorang suri rumah dikasari oleh suaminya iaitu suspek kerana tidak berpuas hati mangsa pergi menghadiri majlis hari jadi saudaranya tanpa pengetahuan suspek.

“Mangsa dan suspek tinggal berasingan sejak bulan Oktober tahun lalu.

“Suspek memaksa mangsa untuk kembali semula ke rumah sehingga menyebabkan berlakunya pertengkaran dan pergelutan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Haris berkata, kejadian itu turut tular dalam media sosial melalui aplikasi WhatsApp dan Facebook sejak pagi tadi.

“Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan / 18A Akta Kekerasan Rumah Tangga,” katanya.

[ad_2]

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *