KERETA MASUK GAUNG, WANITA SELAMAT

[ad_1]

Oleh Wartawan BS
31 Januari 2020

KOTA KINABALU: Seorang wanita selamat walaupun kereta dipandunya terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung setinggi 15 meter dalam kejadian di Jalan Sekolah Kebangsaan (SK) Keronggu, Inanam, pagi tadi.

Mangsa berusia 28 tahun dikatakan dari rumahnya di Kampung Pomotodon menuju ke SK Keronggu untuk mengambil anak perempuan yang belajar di sekolah berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan jam 11.36 pagi, sebuah jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, didapati sebuah kereta Perodua Axia terbabas dan terjatuh ke dalam gaung setinggi 15 meter dari jalan utama.

“Terdapat seorang wanita berjaya dikeluarkan dan diberi rawatan awal oleh anggota EMRS sebelum diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan susulan,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, mangsa hanya mengalami cedera ringan dan dihantar ke hospital berhampiran.

“Pasukan bomba kemudian membuat pemeriksaan keselamatan di lokasi kejadian bagi memastikan tiada lagi bahaya lain.

“Operasi menyelamat tamat jam 12.58 tengah hari tadi,” katanya.

[ad_2]

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *