Dua beradik nelayan dikhuatiri dihanyutkan selepas bot kehabisan minyak

[ad_1]

TAIPING: Dua beradik nelayan dikhuatiri dihanyutkan arus selepas bot mereka dikatakan kehabisan minyak, di Sungai Kerang, Trong dekat sini, pada Khamis.

Operasi mencari Ayed Daud, 30 dan adiknya, Mohd Affendi Daud, 29 masih diteruskan.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak, mereka menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 1.03 petang.

“Maklumat terkini yang diterima melaporkan dua mangsa di dalam bot telah dibawa arus sejauh 23 batu nautika,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, kes tersebut telah dimaklumkan kepada pihak maritim dan polis untuk tindakan selanjutnya.

Di samping itu, katanya, Pos Kawalan Bomba (PKB) telah dibuka dan sebuah bot aluminium dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kamunting bersiap sedia di jeti.

[ad_2]

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *