Arshad Ayub tidak setuju Mara hanya tumpu sektor pendidikan

[ad_1]

KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (Mara) tidak wajar hanya fokus kepada bidang pendidikan, kata bekas Ketua Pengarah Institut Teknologi Mara (ITM) Tan Sri Arshad Ayub.

Bagaimanapun, tokoh pendidikan itu mengakui risiko yang diambil dalam bidang bukan pendidikan tidak boleh ‘berlarutan’.

Pendapat itu menyusul kenyataan Pengerusi Mara Hasnita Hashim bahawa pihaknya akan meneruskan usaha pengurangan kerugian dan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam sektor pendidikan.

“Nak fokus dalam pendidikan latihan tidak mencukupi,” kata Arshad ketika ditemui dalam rancangan Agenda AWANI

Kata tokoh berusia 91 tahun itu, Akta Mara jelas menunjukkan agensi itu tidak tertakluk kepada bidang pendidikan sahaja sebaliknya merangkumi bidang lain seperti sektor keusahawanan dan sektor pembangunan demi pemerkasaan sosio-ekonomi bumiputera.

Beliau percaya, peluang pasti akan wujud jika Mara terus menceburi bidang-bidang lain.

Sebuah portal berita pada awal bulan lalu memetik kenyataan Hasnita yang membayangkan Mara akan menutup kegiatan-kegiataan dagangannya, disebalik bantahan beberapa pihak terhadap rancangan menutup syarikat korporatnya, Mara Corporation Sdn. Bhd.

[ad_2]

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *