WHO akan bermesyuarat tentukan status terkini penularan koronavirus

[ad_1]

GENEVA: Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu berkata, pihaknya akan berbincang dengan pakar-pakar pada Khamis untuk menentukan sama ada penularan novel koronavirus sudah sampai ke tahap kecemasan kesihatan global.

Tedros Adhanom Ghebreyesus, yang melawat China minggu ini dan bertemu dengan Presiden Xi Jinping, berkata mesyuarat bersama Jawatankuasa Kecemasan Peraturan Kesihatan Antarabangsa itu sangat perlu diadakan susulan trend jangkitan virus di luar negara China.

“Saya membuat keputusan untuk bermesyuarat bersama Jawatankuasa Kecemasan Peraturan Kesihatan Antarabangsa berkaitan koronavirus baharu (2019-nCoV) esok (Khamis),” ujar Tedros menerusi akaun Twitternya.

Ghebreyesus berkata, kebanyakan mereka yang dijangkiti virus itu menunjukkan ‘simptom yang sederhana’, namun satu daripada lima mengalami sakit yang lebih teruk, termasuk pneumonia dan kegagalan respiratori. Sejak dikenal pasti pada 31 Disember lalu di bandar Wuhan, China, virus itu telah meragut nyawa 132 orang dan merebak ke 19 buah negara lain.

Jerman dan Jepun telah mengenal pasti kes jangkitan koronavirus antara manusia ke manusia di negara masing-masing.

Jawatankuasa Kecemsan WHO telah bermesyuarat dua hari lalu namun tidak mengisytihar ia kecemasan kesihatan antarabangsa berikutan tidak mempunyai maklumat yang mencukupi.



[ad_2]

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *