Masjid Putra dibuka semula kepada pelawat

[ad_1]

PUTRAJAYA: Masjid Putra, di sini, yang ditutup kepada lawatan pelancong asing sejak Ahad lepas berikutan kebimbangan terhadap jangkitan 2019 novel koronavirus, dibuka semula pada kira-kira 2 petang tadi.

Jurucakap pengurusan masjid itu berkata, para petugas masjid akan mengamalkan garis panduan yang telah dikeluarkan Kementerian Kesihatan sebagai langkah keselamatan terhadap jangkitan koronavirus.

“Sebelum ini, Masjid Putra ditutup kepada lawatan berikutan ada kebimbangan terhadap keselamatan petugas masjid memandangkan kita menerima ramai pengunjung asing setiap hari.

“Bermula hari ini, petugas akan ikut nasihat Kementerian Kesihatan seperti memakai penutup hidung dan mulut serta menggunakan pembersih tangan (hand sanitizer),” katanya ketika dihubungi Bernama.

BACA: “Halang pelancong masuk masjid perbuatan tidak bertanggungjawab” – Tun Mahathir

BACA: Koronavirus: Masjid Putra ditutup kepada pengunjung bukan Islam, hanya untuk solat

BACA: “Tolong jangan halang pelancong ke lokasi tumpuan, ini tidak bagus” – Mohamadin Ketapi

Sebelum ini, beberapa masjid yang menjadi tumpuan pelancong seperti Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, serta Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur dilaporkan ditutup kepada lawatan pelancong asing berikutan kebimbangan terhadap koronavirus.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dilaporkan kesal dengan larangan itu dan menyatakan ia bukanlah dasar kerajaan.

— BERNAMA

[ad_2]

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *