Koronavirus: Kerajaan tidak akan lanjutkan visa pelancong China yang berada di Malaysia – TPM

[ad_1]

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak akan melanjutkan tempoh visa bagi pelancong China yang sudah berada di Malaysia ketika ini, jelas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Bagaimanapun, Malaysia akan merawat mana-mana pelancong China yang disyaki dijangkiti koronavirus seperti mana yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Kita (kerajaan) ambil keputusan hendak tangani, kalau dia (pelancong China) ada simptom, dia boleh dijangkiti.

“Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah keluarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) bukan hanya koronavirus tetapi sesiapa yang sakit, kita kena rawat mereka sebelum hantar mereka pulang,” jelas Dr Wan Azizah

“Adakah visa pelancong China yang dah berada di Malaysia akan dilanjutkan? (Soalan wartawan) Jawab Dr Wan Azizah: “tidak”.

Tambahnya, kerajaan akan menjalinkan jaringan kerjasama dengan Asean Emergency dan Asean Centre Military Medicine jika diperlukan dalam membendung kluster itu daripada terus merebak di dalam negara.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Negara (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Rabu.

Hadir sama dalam sidang media itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.

[ad_2]

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *