Jual pesawat khas presiden melalui loteri US$6 juta

[ad_1]

MEXICO: Presiden Mexico yang baharu, Andres Manuel López Obrador, membuat kejutan apabila mengumumkan akan menjual pesawat khas presiden melalui cabutan loteri. 

Pesawat khas itu bakal dijual pada harga US$6 juta dengan hasil cabutan loteri berkenaan.

Manuel Lopez bercadang menggunakan wang hasil penjualan pesawat berkenaan bagi peruntukan kesihatan negara.

Sebelum ini, beliau berusaha menjual pesawat jenis Boeing 787 Dreamliner bernilai US$130 juta itu, namun gagal.

Pesawat itu berada di landasan udara Amerika Syarikat sejak setahun lalu dan masih tidak terjual. 

Kos penyelenggaraan yang mencecah sehingga US$1.5 juta menyebabkan tiada yang berminat untuk membelinya. 

Susulan itu, langkah menjual pesawat khas itu melalui loteri diharap akan membuahkan hasil buat Mexico.

[ad_2]

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *