DUDA KHAYAL LAYAN VIDEO LUCAH

[ad_1]

Oleh Wartawan BS

BEAUFORT: Seorang duda bukan saja didapati dalam keadaan khayal dipercayai angkara dadah, malah turut kantoi menonton video lucah di telefon bimbitnya.

Lelaki berusia 47 tahun terbabit antara 20 inidividu ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam Ops Cegah yang bermula dari jam 12.30 tengah malam hingga kira-kira 5 pagi tadi.

Ketua Pegawai AADK Beaufort Effanehwati Lakat berkata, lelaki itu dipercayai baru saja menghisap syabu di rumahnya dan tidak menyedari kehadiran anggota AADK yang diketuai Erwan Roslan.

“Pemeriksaan mendapati suspek sedang melayan video lucah di telefon bimbitnya dipercayai masih khayal kerana baru menghisap syabu.

“Turut ditahan 19 individu kerana disyaki penagih dadah di tiga kampung di daerah Kuala Penyu iaitu Kampung Kilugus, Berangkok dan Mansud,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati semua suspek positif dadah jenis methamphetamin atau syabu.

“Semua suspek berusia 20 hingga 53 tahun disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung penyalahgunaan dadah boleh menghubungi AADK Beaufort di talian 087-222667 atau tampil ke mana-mana pejabat AADK berhampiran,” katanya lagi.

[ad_2]

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *