Penularan koronavirus di Malaysia belum sampai tahap kritikal – Tun M

[ad_1]

KLANG: Penularan wabak koronavirus dalam negara ini masih belum mencapai tahap kritikal, sehingga perlu menghentikan industri pelancongan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Namun, tegas Perdana Menteri, kerajaan akan memastikan pemeriksaan awal ke atas pelancong bagi memastikan wabak itu terus terkawal.

Ketika ini juga, kata Dr Mahathir, tiada apa yang boleh dijangka mengenai wabak berkenaan memandangkan banyak negara lain juga menghadapi masalah yang sama.

“Kita harus menilai bila masa yang sesuai untuk isytihar ianya sebagai kritikal.

Tetapi pada ketika ini, ia masih belum kritikal sehingga ke tahap kita perlu hentikan pelancongan sebagai contoh.

“Tetapi kita akan terus periksa pelancong, jika ada sebarang tanda mereka dijangkiti, kita terus kuarantin,” tegas Perdana Menteri lagi.

Dr Mahathir berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Tahun Baharu Cina anjuran Menteri Kewangan dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Klang (KCCCI), di sini hari ini.


BACA: Koronavirus: Agong, Raja Permaisuri titah rakyat Malaysia jaga keselamatan, kesihatan diri

Menurut Dr Mahathir, kepantasan manusia bergerak menyebabkan kawalan sepenuhnya ke atas pelancong asing sukar dilakukan buat masa ini.

Namun, beliau berkata, rakyat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga dengan memakai topeng muka terutama sekali ketika berada dalam kelompok manusia yang besar.

Perdana Menteri juga menjelaskan Malaysia tidak akan sewenang-wenangnya menghantar kembali pelancong China kembali ke negara asal mereka, terutama sekali empat pesakit yang sah hidap koronavirus kerana ia akan memberi risiko kepada mereka yang berhampiran.

“Anda boleh hantar mereka pulang ke China, tetapi sewaktu proses itu, berkemungkinan besar akan berlaku kontak antara mereka dan orang sekeliling.

“Jadi lebih baik kuarantin dahulu, sehingga mereka benar-benar bebas dari virus itu,” katanya lagi.

[ad_2]

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *