UPKO IKUT NADI RAKYAT, PENDIRIAN DIDENGAR KERAJAAN

[ad_1]

Oleh Wartawan BS

KOTA KINABALU: Pendirian UPKO, kelmarin, yang mahu agar Pas Sementara Sabah (PSS) dibatalkan akhirnya mendapat perhatian apabila Kerajaan Negeri mengumumkan ia tidak akan dilaksanakan.

Selepas menyatakan pendirian itu, presiden UPKO yang juga Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau membentangkan cadangan agar PSS dibatalkan dalam mesyuarat kabinet Sabah, hari ini.

Sebentar tadi, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam sidang media selepas mesyuarat berkenaan mengumumkan mengenai pembatalan PSS.

Katanya, keputusan berkenaan akan dimaklumkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam tempoh terdekat.

“Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini telah memutuskan supaya PSS dibatalkan setelah melihat dan mendengar suara rakyat, kerajaan negeri akan memaklumkan keputusan ini kepada KDN,” katanya.

Shafie berkata, keputusan itu dibuat selepas melihat reaksi rakyat yang menolak PSS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis.

[ad_2]

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *