PEMUDA UPKO PUJI KERAJAAN BATALKAN PSS

[ad_1]

Oleh Willie Jude

KOTA KINABALU: Keputusan membatalkan pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS) membuktikan kerajaan pada hari ini meletakkan keinginan rakyat di tempat yang tertinggi.

Ketua Pemuda UPKO pusat, Felix Joseph Saang berkata, pihaknya sangat berterima kasih kepada jemaah menteri kabinet yang telah mendengar suara rakyat dan meletakkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan lain.

“Pemuda UPKO mengalu-alukan keputusan Kerajaan Negeri yang telah diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah agar cadangan PSS ini dibatalkan.
 
“Keputusan Kerajaan untuk membatalkan cadangan PSS ini membuktikan bahawa Kerajaan hari ini sentiasa meletakkan keinginan rakyat ditempat yang tertinggi.
 
“Pemuda UPKO amat gembira dan menyambut baik keputusan ini. Rakyat sudah pasti akan memberi sokongan padu kepada kerajaan hari ini yang mengutamakan suara rakyat,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Felix berkata, Pemuda UPKO juga berharap kerajaan akan dapat menemui cara penyelesaian isu pelarian perang Filipina dan pendatang asing tanpa izin secara tuntas.

Katanya, perkara berkenaan merupakan masalah yang sangat kronik di Sabah.
 
“Pemuda UPKO juga mahu agar ketua-ketua pembangkang, aktivis dan pihak NGO (pertubuhan bukan kerajaan) dilibatkan sama dalam usaha menyelesaikan kemelut isu pelarian perang Filipina dan juga pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah,” katanya.
 
Felix turut menegaskan adalah sangat penting bagi pihak kerajaan dan pihak pembangkang bekerjasama dalam perkara ini dan ketepikan dahulu fahaman politik masing-masing.
 
Sementara itu, menyentuh mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis, Felix menyeru ahli-ahli parti atau penyokong parti-parti Kerajaan agar menerima dan menghormati keputusan rakyat Kimanis. 
 
Katanya, waktu ini bukan masanya untuk menuding jari kepada sesiapa sebaliknya keputusan ini seharusnya menyedarkan parti-parti kerajaan betapa pentingnya kita perkukuhkan kesatuan dan perkuatkan lagi gabungan sedia ada.
 
“Saya turut terlibat membantu berkempen hampir dua minggu dan kita amat jelas dengan misi dan tugas kita di Kimanis.

“Pimpinan tertinggi UPKO pusat telah memutuskan bahawa matlamat utama kita dalam PRK Kimanis ini adalah untuk memastikan ahli-ahli UPKO seramai 1,300 akan mengundi calon kerajaan daripada parti Warisan,” ujar beliau.
 
Felix turut mengalu-alukan kenyataan ketua menteri agar janji untuk memberikan pembangunan di Kimanis akan diteruskan
 
“Pemuda UPKO memuji sikap dan dan pendekatan ketua menteri Sabah di mana beliau mahu semua pihak untuk menghormati Keputusan rakyat Kimanis.
 
“Menang dan kalah lumrah dalam politik, di PRK Sandakan lalu, calon kerajaan (DAP) telah menewaskan Parti Bersatu Sabah (PBS) dengan majoriti yang lebih besar namun kali ini calon kerajaan kurang bernasib baik di Kimanis, tetapi inilah amalan demokrasi yang perlu kita hormati.
 
“Secara peribadi saya berpendapat, ada beberapa faktor yg telah menyebabkan kekalahan calon kerajaan dan antara isu utama ialah PSS, walau apapun penjelasan yang diberikan, ianya amat sukar untuk diterima.

“Selain itu, antara menjadi faktor juga ialah seperti kekuatan jentera, kekuatan pengaruh media sosial, isu nasional dan beberapa lagi isu lain yang agak kritikal,” katanya.
 
Tambah Felix, pemuda UPKO yakin kerajaan hari ini akan terus kekal memerintah jika sentiasa mendengar keluhan, kegusaran, kepentingan dan keperluan rakyat.
 

[ad_2]

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *