LELAKI MAUT LEHER DITETAK

[ad_1]

Oleh Wartawan BS

KOTA KINABALU: Seorang lelaki ditemui mati akibat ditetak dengan benda tajam di hadapan sebuah warung, Kampung Inanam Laut, tengah malam tadi.

Mangsa Jimboy Basal, 40, ditemukan dengan kesan tetakan dileher oleh anak lelakinya ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya yang terletak berhampiran lokasi kejadian, jam 12.30 tengah malam.

Difahamkan, sebelum kejadian, anak lelaki mangsa berusia 14 tahun ditegur oleh empat lelaki termasuk seorang sepupu mereka menanyakan lokasi bapanya.

Dia bagaimanapun tidak mengendahkan lalu beredar menuju ke Suria Inanam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, pihaknya yang menerima laporan jam 1.50 pagi bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

“Sebaik tiba di lokasi mendapati mangsa sudah meninggal dunia dengan kesan luka dileher dipercayai ditetak menggunakan benda tajam.

“Motif kejadian belum dapat dikenal pasti namun pagi tadi anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu berjaya menahan seorang lelaki disyaki terbabit dalam kejadian itu.

“Siasatan sedang dijalankan termasuk mengesan tiga lagi suspek yang dipercayai terbabit dalam pembunuhan ini,” katanya ketiga dihubungi, hari ini.

Habibi berkata, mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 1 (QEH1) untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Turut berada di lokasi kejadian
Bahagian Siasatan Khas Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Unit Forensik IPK dan bantuan anjing pengesan (K9).

[ad_2]

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *