TUAN RUMAH KEJOHANAN KARATE, PENGHORMATAN BUAT KEMABONG

[ad_1]

Oleh Nio James

KEMABONG: Walaupun masih kekurangan fasiliti kemudahan sukan, ianya bukan penghalang bagi daerah kecil Kemabong menerima penghormatan persatuan-persatuan sukan negeri untuk memilih daerah itu sebagai tuan rumah.

Ianya terbukti apabila lebih 600 atlet dan pegawai dari seluruh Sabah berkumpul di Kemabong selama tiga hari sempena kejohanan Karate Kadet Junior dan Bawah 12 Tahun (B-21) peringkat negeri di dewan masyarakat Sri Ontoros, dekat sini, baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemabong, Jamawi Jaafar berkata, beliau dan masyarakat Kemabong amat mengalu-alukan kejohanan itu dianjurkan, di sini, kerana ia dapat mempromosi daerah itu selain meningkatkan minat warga tempatan terhadap sukan Karate.

“Saya amat menghargai penghormatan yang diberikan oleh Persatuan Karate Sabah (SKA) kerana memilih daerah Kemabong sebagai tuan rumah di mana ini dapat memberikan suntikan semangat kepada anak-anak muda di daerah ini untuk terlibat dengan kegiatan sukan khususnya sukan Karate.

“Usaha ini bukan sahaja dapat memperkasakan sukan khususnya karate sekali gus memberi peluang kepada pegawai dan peserta untuk melawat beberapa tempat menarik yang ada di daerah Kemabong.

“Kita mempunyai produk pelancongan berasaskan komuniti seperti di Rundum Highlands, Marais Center, Taman Bukit Layang-Layang dan sebagainya yang menarik untuk dilawati pengunjung,” katanya ketika berucap merasmikan kejohanan itu.

Jamawi berkata, karate adalah sukan yang cukup digemari oleh anak muda selain ianya menjadi salah satu sukan yang dianjurkan dalam kejohanan peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

“Sukan karate juga mampu membentuk semangat juang serta jati diri di kalangan belia selain mempupuk semangat muhibah dan harmoni terutama dalam kalangan peserta kejohanan,” katanya lagi.

Turut hadir pada majlis perasmian kejohanan itu ialah timbalan presiden SKA Datuk Herman Tiongsoh, ahli ahli majlis tertinggi SKA dan pemimpin masyarakat tempatan.

[ad_2]

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *