KERAJAAN TIDAK AKAN PINGGIRKAN RAKYAT KIMANIS

[ad_1]

Oleh Willie Jude

KOTA BELUD: Walaupun tewas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis, Kerajaan Negeri memberi jaminan tidak akan meminggirkan kawasan parlimen berkenaan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata, kerajaan juga akan terus menyalur bantuan kepada rakyat Kimanis.

“Tidak bermakna kita kalah kita akan tinggalkan Kimanis,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan sambutan Krismas dan Tahun Baru Kadamaian di Dewan Terbuka Taginambur, di sini, hari ini.

Shafie berkata, pihaknya juga akan memperincikan isu Pas Sementara Sabah (PSS) dengan Kementerian Dalam Negeri yang dikatakan antara faktor kekalahan calon Parti Warisan Sabah (Warisan) di PRK Kimanis.

“Post mortem akan dilakukan … ada beberapa faktor yang saya dapati dan akui perkara ini perlu diperincikan, bukan hanya faktor calonnya, faktor duit belanja dan berbagai-bagai yang ada.

“Kita sedar dan tahu (hal ini). Kita akan lakukan dalam masa terdekat bagaimana untuk kita tambah baik dari segi persediaan kita,” katanya.

Ketika ditanya mengenai mengenai kekalahan calon parti itu Datuk Karim Bujang kepada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohamad Alamin dengan majoriti 2,029, Shafie berkata mereka menerima keputusan yang telah ditetapkan rakyat itu.

“Keputusan itu kita pun dah tahu, rakyat di Kimanis telah putuskan dan kita terima keputusan itu kerana itu adalah ketetapan yang diberikan oleh penduduk dan para pengundi di kawasan itu,” katanya.

Shafie turut mengucapkan terima kasih kepada 10,000 lebih pengundi yang telah memberi sokongan kepada Warisan.

Terdahulu dalam ucapannya, Shafie yang juga presiden Warisan berkata kekalahan itu bukan bererti penutup.

“This is just a battle not war,” katanya.

[ad_2]

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *