RM291.9 JUTA BINA JALAN RAYA LUAR BANDAR TAHUN INI

[ad_1]

Oleh Wartawan BS

PAPAR: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sedang memulakan pelaksanaan perancangan Program Jalan Luar Bandar (JALB) untuk membina sepanjang 40 kilometer jalan raya luar bandar di Sabah dengan penyediaan peruntukan sebanyak RM291.9 juta, tahun ini.

Menterinya Datuk Seri Rina Harun berkata, usaha ini bertepatan dengan hasrat murni Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) dan Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030 (DPLB2030) yang menjadi kerangka utama dalam merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar serta mewujudkan Luar Bandar Sejahtera.

Beliau berkata sepanjang tahun 2018 hingga 2019, pencapaian Program JALB di Sabah meliputi pembinaan sepanjang 117.7 kilometer jalan raya luar bandar dengan melibatkan kos berjumlah RM612.8 juta.

“Pada tahun 2018, Sabah telah diperuntukkan sebanyak RM356,427,860 yang membawa kepada pembinaan 61.70 kilometer, manakala pada tahun 2019 peruntukan sebanyak RM256,413,210 telah disediakan untuk membina 57.04 kilometer.

“Pada tahun 2020 peruntukan sebanyak RM291,900,000 telah disediakan untuk membina sepanjang 40 kilometer jalan luar bandar di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan kerja dan meninjau Projek Jalan Raya Luar Bandar Lingan Baru Papar bagi memantau pelaksanaan dan gerak kerja projek tersebut, kelmarin.

Turut serta dalam lawatan itu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Ewon Benedick.

Mengenai projek penaiktarafan Jalan Lingan Baru Papar di bawah projek Jalan Luar Bandar, bernilai kira-kira RM13.3 juta ia dijangka siap pada Jun 2021.

Rina berkata, projek itu diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11, Rolling Plan 3 (Tahun 2018) dan kini sudah 9.73 peratus siap.

“Skop kerja ini meliputi penaiktarafan jalan sepanjang 2.5 kilometer dan dua buah jambatan dengan nilai RM13,301,000.

“Apabila siap kelak ia akan memberi manfaat kepada lebih 1,000 masyarakat tempatan meliputi penduduk Kg.Kelatuan dan warga sekolah SK Shing Meng,” katanya.

Beliau berkata, pembangunan infrastruktur di kawasan itu dapat membantu meningkatkan aktiviti ekonomi tempatan seperti penanaman getah, kelapa sawit dan buah-buahan seperti buah pisang, durian serta manga yang menjadi antara aktiviti ekonomi utama di sekitar kawasan ini.

“Projek ini akan dapat merealisasikan gasrat KPLB untuk menjana ekonomi tempatan secara lebih komprehensif dan usahawan tempatan di kawasan luar bandar dapat diwujudkan,” katanya.

[ad_2]

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *