WAKIL RAKYAT KERAJAAN LEBIH MUDAH BAWA PEMBANGUNAN

[ad_1]

Oleh Wartawan BS

BONGAWAN: Wakil rakyat kerajaan lebih mudah membawa pembangunan di kawasan yang diwakili masing-masing kerana mereka diberikan peruntukan tahunan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Ewon Benedick berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Sabah akan diberikan peruntukan sebanyak RM1.1 juta daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah pada tahun ini untuk melaksanakan projek kecil infrastruktur asas dan program sentuhan kasih.

“Adun Bongawan dan ADUN Membakut serta Adun jerajaan yang lain akan diberikan peruntukan RM1.1 juta tahun ini.

“Kementerian saya dapat menyalurkan peruntukan ini dan diurus sendiri oleh wakil rakyat kerana mereka berada dalam parti kerajaan dan saya percaya ahli parlimen Kerajaan juga diberikan sejumlah peruntukan pembangunan bagi kawasan yang diwakili.

“Maka dalam pilihanraya kecil Kimanis ini, tiada pilihan yang lebih baik lagi selain memilih calon yang akan menjadi wakil rakyat kerajaan, iaitu Datuk Karim Bujang,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis ramah mesra dengan ahli-ahli UPKO Bongawan di Kampung Kinolosodon, Bongawan, di sini, hari ini.

Turut sama hadir dalam calon Warisan Datuk Karim Bujang, presiden UPKO Datuk Seri Panglima Madius Tangau, timbalan presiden Senator Datuk Donald Mojuntin, ahli parlimen Papar Ahmad Hassan dan Adun Paginatan Datuk Abidin Madingkir.

Ewon yang juga naib presiden UPKO berkata, beliau telah menjalankan tugas mengunjungi banyak kampung di Bongawan dan Membakut dalam beberapa hari ini dan mendapati isu pembangunan, khususnya infrastruktur asas dan kemudahan ameniti sosial menjadi isu besar.

“Pada tahun lalu, saya telah melawat beberapa kampung di Bongawan dan Membakut di mana penduduk kampung telah menyuarakan permasalahan dan keperluan pembangunan.

“Apabila saya melawat semula kampung-kampung ini, saya berbangga kerana sebahagiannya telah diselesaikan apabila KPLB Sabah menyalurkan peruntukan.

“Saya tahu masih banyak keperluan pembangunan kecil bukan hanya di Kimanis, tetapi juga di kampung-kampung luar bandar di seluruh Sabah dan pastinya keperluan ini lebih mudah diurus sekiranya wakil rakyat berada dalam parti Kerajaan dan menguruskan peruntukan yang disalurkan oleh kementerian,” katanya.

[ad_2]

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *