40 SERTAI KURSUS KEJURULATIHAN BOLING PADANG

[ad_1]

Oleh Wartawan BS

KOTA KINABALU: Seramai 40 orang mendaftar untuk mengikuti Kursus Kejurulatihan Boling Padang Tahap 1 yang berlangsung di Arena Boling Padang, Kompleks Sukan Kota Kinabalu di Likas, hari ini.
 
Kursus empat hari berkenaan dikendalikan Persatuan Boling Padang Sabah (Bowls Sabah) dengan kerjasama Persekutuan Boling Padang Malaysia (PBPM) serta Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK).
 
“Sambutan adalah menggalakkan dengan sebahagian besar daripada jumlah yang mendaftar adalah dari sekitar negeri ini.
 
“Tujuh peserta dari Brunei dan tiga lagi dari Sarawak juga turut serta dalam kursus ini,” kata timbalan presiden Bowls Sabah, Shuib Hashim (gambar), di sini, kelmarin.

Shuib turut berharap para peserta mengambil kesempatan untuk mempertingkatkan tahap kejurulatihan mereka, terutama dengan kehadiran penceramah yang bertauliah dan berpengalaman luas.
 
Katanya, ketua jurulatih kebangsaan Zuraidi Putih serta Arrifin Abd Ghani dan Mdehi Ramlee adalah pengendali bagi kursus berkenaan.

“Upacara penyampaian sijil dan penutupan kursus akan disempurnakan oleh presiden persatuan boling padang negeri, Datuk Ladislaus Maluda, pada 18 Januari,” katanya lagi.

[ad_2]

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *