RUMAH TERBUKA KRISMAS, TAHUN BARU DUN KADAMAIAN 19 JANUARI

[ad_1]

Oleh Wartawan BS

KOTA KINABALU: Majlis Rumah Terbuka Krismas dan Tahun Baru peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian, di Kadamaian Square Taginambur, Kota Belud, yang sepatutnya dijadualkan 16 Januari ditunda kepada 19 Januari ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick berkata penundaan tersebut disebabkan tugas-tugas beliau pada Pilihanraya Kecil (PRK) Kimanis yang akan diadakan pada 18 Januari.

“Selepas mengambilkira pandangan daripada ahli-ahli jawatankuasa, saya bersetuju supaya majlis ini ditunda ke hari Ahad ini.

“Segala makluman penundaan akan disampaikan kepada semua, khususnya yang terlibat dalam persiapan majlis,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Apdal dijangka akan hadir dan menyempurnakan majlis tersebut bersekali dengan perasmian Dewan Kadamaian Square dan pelancaran Pelan Induk Pembangunan Kadamaian, 2020-2035.

“Saya berharap dapat bersama-sama dengan warga Kadamaian pada 19 Januari ini selepas menyelesaikan tugasan dan tanggungjawab di Kimanis sepanjang minggu ini. Saya mohon maaf atas kesulitan yang disebabkan oleh penundaan ini,” kata Ewon.

[ad_2]

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *