24 RUMAH TERJEJAS AKIBAT BANJIR KILAT

[ad_1]

Oleh Wartawan BS

MEMBAKUT: Ketika siri kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis kini semakin hangat, 24 buah rumah di Kampung Lumat Laut, di sini, terjejas akibat banjir kilat.

Banjir kilat terbabit dikatakan berlaku berikutan masalah sistem perparitan yang tidak diselenggara dengan baik.

Pegawai Daerah Beaufort, Jupari@Jupry Etok berkata, tiada pusat pemindahan dibuka dan jumlah rumah terjejas iaitu sebanyak 24 buah rumah.

“Kedalaman air banjir di kampung berkenaan sekitar 0.76 meter. Jalan ke Kampung Lumat boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.

“Tiada pusat pemindahan sementara dibuka,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Jupari berkata, banjir kilat itu berlaku akibat hujan lebat dan aliran sungai Lumat tidak dapat menampung kadar air yang banyak hingga melimpah ke perkampungan berdekatan.

“Selain itu juga, penyebab banjir adalah masalah perparitan yang tidak diselenggara.

“Tindakan pemantauan sudah dilakukan di lokasi banjir,” katanya.

Bacaan paras air Sungai Membakut, ketika ini 6.20 meter melebihi paras amaran 5.60 meter.

PRK Kimanis akan diadakan pada 18 Januari depan manakala pengundian awal pula akan berlangsung esok.

[ad_2]

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *