WARGA EMAS, RAKAN MAUT KERETA MERCEDES DIREMPUH


Oleh Wartawan BS

KOTA KINABALU: Dua lelaki maut selepas kereta Mercedes Benz dinaiki mereka dirempuh sebuah pacuan empat roda di Jalan Coastal, berhampiran Hospital Gleneagles, di sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam jam 12.48 tengah malam itu, pemandu Mercedes Benz terbabit, Chong Yin Cheong @ Henry, 84, meninggal dunia meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Queen Elizabeth 1 (QEH1) manakala rakannya Amarjeet Singh Gill, 57, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, siasatan awal di lokasi kemalangan mendapati kenderaan Toyota Hilux dinaiki tiga lelaki dari arah lampu isyarat Sutera Habour menuju ke Oceanus.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, ketika berada di jalan lurus utama, tiba-tiba kereta Mercedes Benz dipandu mangsa keluar simpang secara mengejut menyebabkan pemandu Toyota Hilux tidak sempat mengelak lalu terlanggar bahagian kiri kereta dipandu mangsa.

“Akibat daripada kemalangan itu, penumpang Mercedes Benz meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandunya disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Unit Kecemasan HQE I, jam 1.17 pagi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Habibi berkata, pemandu dan dua penumpang Toyota Hilux berusia 29, 34 dan 37 hanya cedera ringan.

“Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.41 tengah malam dan satu jentera serta sebuah kenderaan EMRS membabitkan 13 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan penyelamat (BBP) Kota Kinabalu dikejarkan ke lokasi kejadian.

Pasukan bomba mengambil masa hampir sejam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dari kereta Mercedes Benz berkenaan.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *