WARGA ASING GAGAL SELUDUP ROKOK


Oleh Wartawan BS

SANDAKAN: Usaha seorang warga asing membawa masuk rokok seludup ke negeri ini tidak berhasil apabila ditangkap Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 20 Beluran di jeti Kampung Mangkalinau, Batu 3, di sini, petang kelmarin.

Turut dirampas adalah 8,500 kotak rokok dianggarkan bernilai RM158,000.

Pegawai Pemerintah Batalion 20 PGA Beluran, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir, berkata sepasukan anggota Tiger Platoon menjalankan Op Taring di kawasan berkenaan kira-kira jam 6 petang sebelum melihat sebuah bot jongkong dikemudi seorang lelaki sedang menghampiri jeti.

Katanya, sebaik ditahan, lelaki itu cuba melarikan diri, namun berjaya ditangkap dan berlaku pergelutan antara suspek dengan polis.

“Pemeriksaan ke atas bot kemudian mendapati 34 bungkus plastik berisi rokok.

“Suspek yang ditangkap berusia 17 tahun dipercayai dari Taganak, Filipina,” katanya dalam kenyataan di sini.

Semua tangkapan dan dirampas dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan untuk siasatan lanjut.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *