SAMBUTAN KRISMAS, TAHUN BARU KPLB MERIAH

[ad_1]

Oleh Willie Jude

KOTA KINABALU: Lebih 1,000 orang terdiri daripada warga kerja Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah dan pejabat daerah seluruh negeri memeriahkan Sambutan Krismas dan Tahun Baru kementerian itu, di Putera Ballroom, Bukit Padang, malam tadi.

Majlis anjuran Kelab Rekreasi dan Kebajikan KPLB Sabah dirasmikan menterinya Datuk Ewon Benedick.

Ewon bersalaman dengan tetamu yang hadir pada majlis itu.

Turut hadir dua Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Rasinin Koutis dan Dumi Pg Masdal; Setiausaha Tetap KPLB Sabah, Fredian Gan; Timbalan Setiausaha Tetap, Aftar Nurajat; pegawai-pegawai daerah, pegawai-pegawai kanan serta warga kerja KPLB Sabah.

Ewon ketika berucap berkata, majlis sambutan keagamaan seumpama itu yang julung kalinya diadakan adalah usaha Kelab Rekreasi dan Kebajikan KPLB Sabah dan akan diteruskan pada masa akan datang untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan kerjasama antara warga kementerian dan pejabat-pejabat daerah seluruh Sabah.

Ewon ketika menyampaikan ucapannya.

“Majlis sambutan keagamaan ini telahpun kita mulakan pada tahun lepas seperti Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak yatim, Hari Raya Puasa di Pekampungan Mini Estate Sejahtera (Mesej) dan Hari Raya Korban di Kampung Sejahtera.

“Ini merupakan hasrat saya selaku menteri KPLB Sabah untuk mewujudkan budaya positif dan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan pegawai dan kakitangan kementerian melalui sambutan seperti ini.

“Semangat kekeluargaan yang wujud di kalangan warga kerja kementerian bersama kakitangan pejabat-pejabat daerah seluruh Sabah dapat membentuk satu budaya kerja positif untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat berbilang kaum dan agama di negeri ini,” katanya.

Ewon (tengah) bergambar bersama ahli jawatankuasa penganjur sambutan Krismas dan Tahun Baru KPLB Sabah.

Ewon berkata, sambutan perayaan seumpama itu akan diteruskan dan selepas ini kementerian akan mengadakan sambutan Tahun Baru Cina sebagai penghargaan kepada amalan saling hormat menghormati semua sambutan kebudayaan dan keagamaan yang disambut pelbagai kaum dan agama warga kementerian.

Ewon menyampaikan hadiah cabutan tiket bertuah kepada salah seorang pemenang.

Pada majlis itu pelbagai acara menarik disusun termasuk persembahan nyanyian artis-artis undangan termasuk Rosario Bianis, persembahan karaoke, cabutan tiket bertuah dan pakaian terbaik.

[ad_2]

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *