VIRUS POLIO : CADANGAN BERI VAKSIN BUDAK 5 TAHUN KE ATAS

[ad_1]

Oleh Wartawan BS

SANDAKAN: Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah bercadang memperluaskan pemberian suntikan vaksin kepada kanak-kanak berusia lima tahun ke atas dalam usaha mengelak penularan virus polio.

Menterinya, Datuk Frankie Poon Ming Fung, berkata ia berikutan kes terbaharu penyakit itu yang dikesan ke atas kanak-kanak berumur lapan dan 11 tahun masing-masing di Sandakan dan Kinabatangan.

Jelasnya, pemberian vaksin ketika ini cuma diberikan kepada kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah.

“Dulu bawah lima tahun, tapi perlu ubah lima tahun ke atas sebab kes terbaru (berumur) lima tahun ke atas. Kita mungkin akan ubah,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Persembahan Tarian Singa, Unicorn dan Naga di Sekolah Menengah Yu Yuan, di sini, hari ini.

Frankie berkata, kementeriannya juga akan menumpukan pemberian vaksin ke atas kanak-kanak di daerah ini dan Kinabatangan, iaitu dua daripada tiga lokasi ‘hotspot’ kes polio.

Katanya, pihaknya merancang memberikan suntikan kepada 10,000 kanak-kanak dengan seramai 7,000 kanak-kanak membabitkan daerah Tuaran dan Telipok sudah diberi vaksin.

“Sebab Sandakan dan Kinabatangan ada kes, kita akan buat program. Buat masa sekarang, pemberian vaksin adalah percuma,” katanya.

Yang turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura, Calvin Chong.

[ad_2]

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *