Beri masa pada kerajaan untuk bawa negara ke landasan yang betul – Tun M

[ad_1]

RAKYAT seharusnya memberikan masa kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk kembali meletakkan negara ke landasan yang betul, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam masa sama, Perdana Menteri menyeru kepada rakyat dari segenap lapisan untuk bersama-sama menjayakan dasar kemakmuran bersama.

Menurut beliau, adalah satu keajaiban seandainya kerajaan PH dapat melaksanakan semua rancangan dan janji dalam tempoh satu malam.

Dr Mahathir berkata, PH mengambil alih tampuk pemerintahan bukan dari sebuah kerajaan yang biasa.

“PH bukan mengambil alih dari kerajaan biasa, ia mengambil alih dari kerajaan kleptokrasi yang memperkosa negara sejak bertahun-tahun, merosakkan kewangannya, menjejaskan agensi pentadbirannya, melanggar undang-undangnya, membuat pinjaman melampaui tempoh, meletakkan negara ke arah bankrupsi, membuatkan rakyat bergantung pada kerajaan melalui rasuah selain merendahkah moral rakyat,” kata Dr Mahathir dalam hantaran di blog peribadinya pada Jumaat.

Untuk rekod, Barisan Nasional yang memerintah negara selama 60 tahun ditumbangkan kerajaan PH dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 pada Mei 2018.

Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, pihak yang mendakwa pentadbiran PH sebagai kerajaan tanpa hala tuju merupakan golongan yang enggan mengakui realiti.

“Kita (PH) tahu hala tuju kita. Orang luar mungkin tidak, tetapi kita tahu.

“Tuduhan bahawa kerajaan PH terumbang-ambing dibuat oleh mereka yang enggan mengakui realiti.

“Adakah kita sama seperti Malaysia di bawah kerajaan terdahulu? Atau adakah mereka mengatakan bahawa mereka lebih suka kerajaan kleptokrasi?” kata Dr Mahathir mempersoalkan pihak-pihak yang mengkritik kerajaan yang ditadbirnya.

Dalam catatan itu juga, Dr Mahathir menarik perhatian bagaimana pentadbirannya hanya membelanjakan apa yang mereka miliki, walaupun mereka mempunyai sedikit wang.

Kerajaan, kata beliau, berusaha mewujudkan lebih banyak pekerjaan supaya rakyat mempunyai lebih banyak wang.

“Kita melakukan semua ini. Tetapi kita tidak berjaya menarik perhatian mereka.

“Berikan kerajaan sedikit masa dan sertai dalam dasar kemakmuran bersama, dan dalam masa dua tahun kamu akan menyedari bahawa cara kerajaan adalah betul,” katanya.

[ad_2]

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *