WARGA ASING MAUT DIBAHAM BUAYA


TAWAU: Seorang lelaki warga asing maut dibaham buaya ketika memancing di Sungai Kalumpang, dekat sini, hari ini.

Mangsa yang dikenali sebagai Binyojinnul, 36, ditemui dalam keadaan tidak sempurna oleh pasukan penyelamat dan orang awam, kira-kira 600 meter dari lokasi dia dikatakan diserang buaya ketika memancing.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan hari ini berkata, mereka menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.43 petang kelmarin.

Sepasukan anggota kemudian digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 62 kilometer dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Tawau.

Bagaimanapun, operasi mencari mangsa yang dilakukan sehingga malam kelmarin gagal menemui mangsa dan operasi kemudian ditangguhkan pada jam 7.10 malam.

Mangsa akhirnya ditemui kira-kira jam 10.20 pagi tadi selepas operasi bersambung semula hari ini.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 10.40 pagi.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *