KPD SERAH DIVIDEN RM1.5 JUTA KEPADA KERAJAAN NEGERI –

[ad_1]

Oleh Nio James

KOTA KINABALU: Koperasi Pembangunan Desa (KPD) Negeri Sabah telah menyerahkan dividen sebanyak RM1.5 juta kepada kerajaan negeri.

Majlis penyerahan cek itu diadakan di Pejabat Ketua Menteri, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, pada Rabu.

Ia diserahkan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah, Datuk Junz Wong kepada Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri dengan disaksikan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Turut hadir setiausaha tetap Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (KPIM), pengerusi serta ahli-ahli Lembaga Pengarah KPD, pengurus besar KPD, pegawai-pegawai kanan Kementerian Kewangan, KPIM dan KPD.

[ad_2]

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *