UMNO SABAH PERLU HENTI BAZIR USAHA KERAJAAN — VK LIEW

[ad_1]

SANDAKAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong menasihatkan UMNO Sabah agar berhenti membazirkan usaha kerajaan dalam membawa perubahan kepada rakyat Sabah dan Sarawak.

Vui Keong menerusi kenyataannya turut meminta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berhenti berpura-pura peka terhadap terhadap nasib rakyat di negeri ini.

Beliau menegaskan, Parti Warisan Sabah (Warisan) dengan kerjasama Pakatan Harapan (PH) sepanjang 21 bulan cuba melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Ia satu pencapaian yang tidak mungkin dilakukan UMNO dan Barisan Nasional (BN) ketika berkuasa.

“Cuma sebelum Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis, Bung Moktar memperkatakan mengenai kepentingan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan yang mana usaha ke arah memulihkan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi yang sama dalam Persekutuan sudah dimulakan Warisan sejak April 2019,” katanya di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Batu Sapi itu berkata, Bung Moktar juga antara ahli parlimen dalam UMNO dan BN yang tidak bersetuju pindaan dibuat terhadap perlembagaan itu dan tindakan demikian menghalang Sabah dan Sarawak daripada menikmati perkongsian yang sama di Persekutuan.

Katanya, kebimbangan Bung Moktar dan pemimpin UMNO lain seperti Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap Sabah dan Sarawak adalah tidak wujud, seperti mana tiada usaha mereka untuk memulihkan status kedua-dua negeri itu sebagai rakan kongsi yang sama ketika masih berkuasa.

“Lebih baik mereka cermin diri dan lihat kegagalan mereka ketika mentadbir,” katanya.

[ad_2]

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *