RUMAH TERBUKA KRISMAS MADIUS AHAD INI

[ad_1]

KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan dan Perindustrian (MTI) akan mengadakan majlis sambutan Krismas yang akan berlangsung di Dewan Masyarakat Tenghilan, di Tamparuli, pada Ahad, bermula jam 11 pagi hingga 2 petang.

Majlis berkenaan dihoskan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian yang juga presiden UPKO, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau bersama isterinya, Datuk Dr Jaina Sintian.

Antara tetamu kehormat yang dijangka hadir termasuklah ketua menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan isteri, Datin Seri Shuryani Shuaib serta presiden kehormat UPKO, Tan Sri Bernard Giluk Dompok.

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis berkenaan dengan pelbagai acara pentas menarik bakal dipersembahkan.

[ad_2]

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *